fb fb fb fb fb

Melaka kaji struktur kawasan rendah atasi masalah banjir

Ab Rauf Yusoh

MERLIMAU, 15 Oktober- Kerajaan Negeri Melaka akan menjalankan kajian terperinci terhadap struktur kawasan rendah di negeri itu sebagai usaha menangani masalah banjir.

Ketua Menterinya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kajian tersebut bertujuan mengenal pasti kaedah penambahbaikan bagi mencegah kejadian banjir terutama di kawasan berisiko.

"Pastinya kita akan melakukan kajian mengenai bagaimana banjir ini mengubah landskap kehidupan serta struktur kawasan yang terjejas. Keadaan ini jarang berlaku, namun ketidaktentuan cuaca menyebabkan perubahan landskap.

"Oleh itu, kajian terperinci perlu dijalankan sebelum kita dapat membuat kesimpulan tentang kaedah penambahbaikan untuk mencegah banjir di kawasan rendah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengan Kebangsaan (SMK) Dang Anum dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tedong di sini serta menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas banjir.

Ab Rauf turut menasihatkan ibu bapa agar memantau aktiviti anak-anak sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

SITI AISHAH MD ISA