fb fb fb fb fb

Melaka giat lakukan persiapan bagi program 'Bila Larut Malam'

Lima lokasi pelancongan di Melaka akan beroperasi dengan tiket serendah RM10 ringgit seorang pada setiap 1 haribulan bermula pukul 11.00 malam hingga 3.00 pagi

BANDA HILIR, 3 Mei- Kerajaan Melaka sedang giat melakukan persiapan bagi program baharu negeri itu iaitu "Bila Larut Malam" yang akan bermula pada 1 Jun depan.

Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Melaka, Datuk Zaidi Attan berkata, persiapan termasuk daripada segi pencahayaan, keselamatan infrastruktur dan keselesaan pengunjung pada waktu malam.

"Kita dah maklum kepada semua agensi terlibat, periksa semua aspek terutama infrastruktur.

"Pastikan semua berfungsi dengan baik, (seperti) penyaman udara, (serta) laluan masuk ke dalam muzim terang untuk keselamatan pengunjung," katanya kepada pemberita di sini,

Setakat ini, lima lokasi dikenal pasti akan beroperasi dengan tiket serendah RM10 ringgit seorang, antaranya Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, muzium-muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dan Zoo Melaka.

Tawaran hanya diadakan pada setiap 1 haribulan pada setiap bulan bermula pukul 11.00 malam hingga 3.00 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN
Melaka perkenal Pakej Bila Larut Malam bermula Jun

SITI AISHAH MD ISA