
KUALA LUMPUR, 29 Mei – Peranan media bukan sekadar menyampaikan berita, tetapi turut memikul amanah besar untuk menegakkan kebenaran dengan penuh integriti, kredibiliti, keberanian dan rasa tanggungjawab.
- Era lambakan maklumat dan penyebaran berita tanpa sempadan menuntut pelaporan bertanggungjawab.
- Pelaporan bertanggungjawab penting untuk memastikan fakta disampaikan tepat, beretika dan tidak menjejaskan keharmonian masyarakat.
- Hari Wartawan Nasional menghargai wartawan sebagai suara rakyat dan tiang penting memperkukuh demokrasi negara.
- Harapan agar wartawan terus menjadi pengimbang kuasa, suara rakyat dan nurani negara.
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam era lambakan maklumat dan penyebaran berita tanpa sempadan, pelaporan yang bertanggungjawab amat penting bagi memastikan fakta disampaikan secara tepat, beretika serta tidak menjejaskan keharmonian masyarakat.
“Hari ini kita memperingati Hari Wartawan Nasional, satu penghargaan kepada para wartawan dan pengamal media yang selama ini menjadi suara rakyat serta antara tiang penting dalam memperkukuh demokrasi negara.
“Moga para wartawan dan pengamal media terus menjadi suara rakyat, pengimbang kuasa dan nurani negara,” katanya menerusi kenyataan.