fb fb fb fb fb

Mayat remaja hilang di Pantai Batu Layar ditemukan

KOTA TINGGI, 23 Januari- Mayat remaja lelaki lemas yang hilang di Pantai Batu Layar, di sini semalam ditemukan pada pukul 5.20 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata mayat ditemukan pada jarak 100 meter dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.

"Mayat Hani Suefyan Hanizam, 16 tahun, ditemukan terapung dan lengkap berpakaian. Tiada tanda-tanda kecederaan fizikal pada tubuh mangsa," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.


(Mayat dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat)

Media Baharu