fb fb fb fb fb

Mayat lelaki dengan kesan lebam ditemukan di Ipoh

(Foto hiasan)

IPOH, 16 November - Mayat lelaki warga tempatan ditemukan di tepi rumah jirannya di Kampung Cik Zainal, Chemor, Ipoh, Perak, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mayat lelaki berusia 40 tahun itu dijumpai jirannya kira-kira jam 11.30 pagi dalam keadaan terbaring dengan kesan lebam di muka dan badan

Pemeriksaan awal oleh pakar forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati mayat itu mempunyai kesan lebam pada muka dan badan dengan anggaran tempoh kematian kira-kira 12 jam sebelum ditemukan.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat hari ini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Fadli Ahmad dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 019-2500019 untuk membantu siasatan.

(Siaran media PDRM Kontinjen Perak)

 

Media Baharu