fb fb fb fb fb

Masyarakat antarabangsa digesa lantang kecam keganasan Israel terhadap Palestin - PM

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 September -Keganasan dan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin merupakan bukti jelas pelanggaran hak asasi manusia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, masyarakat antarabangsa perlu mengecam tindakan tersebut dengan tegas dan lantang. 

Beliau turut menegaskan bahawa kecaman itu tidak boleh hanya berhenti sebagai slogan politik semata-mata.

"Kita tahu bahawa pengusiran keluarga yang berterusan di Gaza, yang dilakukan pada skala yang sama sekali berbeza, bukanlah disebabkan oleh perubahan iklim tetapi oleh tindakan sebuah negara Zionis yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan secara konsisten melanggar prinsip kemanusiaan.

"Ia menyerlahkan pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia yang menjejaskan keselamatan sosial di seluruh dunia, sekali gus melemahkan hak asasi manusia untuk keselamatan, maruah dan akses kepada perkhidmatan asas," katanya ketika berucap merasmikan World Social Security Forum (WSSF) 2025 di ibu negara. 

TETITIA YUSOFF