fb fb fb fb fb

MAQIS, JKDM gagalkan cubaan bawa masuk tongkeng ayam

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor, bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan membawa masuk 29,113 kilogram (kg) tongkeng ayam tanpa permit import di Kompleks Sultan Abu Bakar

JOHOR BAHRU, 23 Januari- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Johor, bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan membawa masuk 29,113 kilogram (kg) tongkeng ayam tanpa permit import di Kompleks Sultan Abu Bakar di sini pada 17 Januari lalu.

Pengarah MAQIS Johor Eddie Putra Md Yusof berkata, kesemua bahagian ayam dibungkus dalam 2,241 kotak dan dianggarkan bernilai RM340,856.

Pemeriksaan lanjut mendapati bahagian ayam tersebut, juga tidak mempunyai sijil kesihatan veterinar dan sijil pengesahan halal.

Seorang pemandu lori lelaki berumur 42 tahun, ditahan sebelum dilepaskan selepas diambil keterangan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI