fb fb fb fb fb

Malaysia pertimbang RFI mekanisme pengurangan karbon arang batu- Nik Nazmi

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Malaysia sedang mempertimbang permohonan untuk maklumat (RFI) berhubung mekanisme pengurangan karbon arang batu, selain penamatan penggunaan arang batu lebih awal, sebagai langkah mitigasi iklim dan kelestarian alam sekitar.

Namun Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan wujudnya cabaran meliputi ekonomi, sosial, alam sekitar melibatkan negara yang bergantung kepada loji arang batu baharu.

Bercakap pada acara Accelerator Peralihan Arang Batu anjuran kerajaan Perancis sempena persidangan COP 28 di Dubai, beliau berkongsi pendirian Malaysia yang tegas menghalang pembinaan loji arang batu baharu di negara ini.

Nik Nazmi juga menyatakan hasrat Malaysia untuk meneliti Perkongsian Transisi Tenaga Saksama (JETP) dimeterai kerajaan Vietnam, yang boleh dipelajari dari sudut pembiayaan berkaitan sumber tenaga hijau.

Malaysia antara 10 pemegang taruh hadir pada acara tersebut yang turut dihadiri antaranya Presiden Perancis, Emmanuel Macron, selain Duta Khas Iklim Amerika Syarikat, John Kerry.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE