Malaysia perlu berani terima inovasi untuk kekal daya saing global

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 MeiMalaysia perlu berani terima inovasi bagi mengekalkan daya saing di peringkat global dengan berpandukan nilai, akauntabiliti, keterangkuman serta ihsan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Teknologi berpandu integriti sebagai kekuatan memperkukuh daya tahan negara, kemakmuran bersama dan kesejahteraan sosial.
  • Pendekatan kerajaan pragmatik dan seimbang: jamin bekalan asas, lindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup, kukuhkan bekalan tenaga.
  • Bangunkan infrastruktur AI hijau, luaskan akses keupayaan AI dan integrasikan teknologi sebagai pemacu utama merentas sektor industri.
  • Tingkatkan pelaburan strategik, inovasi bertanggungjawab, pembangunan bakat berkemahiran tinggi, kepimpinan beretika dan kerjasama menyeluruh.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, teknologi yang dipandu integriti mampu menjadi antara kekuatan utama dalam memperkukuh daya tahan negara, kemakmuran bersama dan kesejahteraan sosial.

“Dalam menangani cabaran global semasa, kerajaan terus mengamalkan pendekatan pragmatik, seimbang dan berteraskan rakyat. Fokus utama kekal jelas, iaitu memastikan bekalan keperluan asas terjamin, melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup yang melampau, memperkukuh bekalan tenaga serta membina daya tahan ekonomi jangka panjang menerusi kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Kepimpinan AI 2026 yang dianjurkan oleh Microsoft Malaysia, di sini.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, bagi memperkukuh kedudukan Malaysia dalam bidang kecerdasan buatan (AI), negara perlu membangunkan infrastruktur AI yang berteraskan konsep hijau, memperluas akses kepada keupayaan AI di semua peringkat masyarakat serta mengintegrasikan teknologi itu sebagai pemacu utama merentas pelbagai sektor industri.

Dalam pada itu, Datuk Seri Fadillah turut menggesa rakyat Malaysia agar beralih daripada sekadar menjadi pengguna teknologi kepada pencipta, pemikir dan peneraju inovasi.

Menurutnya, Malaysia perlu muncul sebagai negara yang diperkasakan oleh AI menerusi pelaburan strategik, inovasi yang bertanggungjawab, pembangunan bakat berkemahiran tinggi, kepimpinan beretika serta kerjasama menyeluruh melibatkan kerajaan, industri, institusi akademik dan masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.