
KLANG, 21 Mei – Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima pemakaian pangkat Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Istana Alam Shah hari ini.
- Majlis disempurnakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain.
- Pertukaran perkhidmatan daripada Tentera Darat ke TLDM berkuat kuasa 19 November 2025; tarikh kekananan 24 Februari.
- Baginda mula kerjaya ketenteraan 2014, diperjawatkan di KD Sri Klang dan akan jalani latihan kapal serta eksesais bersama angkatan laut sahabat.
Majlis itu disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain.
Pertukaran perkhidmatan Baginda daripada Tentera Darat Malaysia ke TLDM dalam Cawangan Eksekutif berkuat kuasa pada 19 November 2025 sebelum dinaikkan pangkat kepada Leftenan Komander dengan tarikh kekananan 24 Februari lalu.
Baginda yang memulakan kerjaya ketenteraan pada 2014 turut diperjawatkan di KD Sri Klang dan bakal menjalani latihan familiarisasi, pengendalian kapal serta eksesais bersama TLDM dan angkatan laut negara sahabat.
Pertukaran itu turut meneruskan tradisi maritim keluarga Diraja Selangor yang sinonim dengan TLDM.