Malaysia, Maldives bersatu nyatakan sokongan terhadap Palestin

Foto Jabatan Perdana Menteri

MALE, 15 September – Malaysia dan Maldives bersatu menyokong perjuangan Palestin untuk menjadi sebuah negara bebas, di samping mengutuk penjajahan dan pencerobohan Israel di Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia dan Maldives berkongsi dasar luar serupa; isu Palestin dianggap persoalan keadilan dan kebebasan yang dekat di hati.
  • Anwar menghargai pendirian Presiden Maldives, menyatakan Malaysia akan terus berusaha membantu.
  • Kelantangan Maldives mengangkat suara kewarasan dan hati nurani di pentas dunia; Dr Mohamed Muizzu dipuji sebagai pembela hak asasi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kedua-dua negara berkenaan berkongsi dasar luar yang hampir sama dengan isu Palestin bukan sahaja dekat di hati malah, soal keadilan dan kebebasan.

“Pembunuhan dan kemusnahan setiap hari dibiarkan oleh mereka yang di tempat lain memperjuangkan hak asasi manusia dan demokrasi.

“Oleh itu, saya menghargai pendirian yang diambil oleh Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu dan kerajaan Maldives dan kami akan terus melakukan sedaya upaya untuk membantu,” katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian semasa sidang media bersama Perdana Menteri dan Presiden Maldives di Pejabat Presiden di sini.

Perdana Menteri berkata kelantangan Maldives dalam isu Palestin berjaya mengangkat suara kewarasan dan hati nurani ke pentas dunia.

“Apabila tanah-tanah di Palestin dijajah oleh Israel tidak ramai yang bersedia untuk bersuara dan menuntut perkara tersebut. Jadi, Dr Mohamed Muizzu anda mewakili satu suara kewarasan dan hati nurani.

“Dan dengan rendah hati saya menyatakan bahawa anda ialah seorang pembela sebenar hak asasi manusia dan kebebasan,” jelasnya lagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.