‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’ tema Hari Kebangsaan, Hari Malaysia 2026

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menunjukkan logo Malaysia MADANI ketika mengumumkan tema HKHM 2026 / BERNAMA

PUTRAJAYA, 26 Jun– “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tema mencerminkan aspirasi membina negara yang maju, inklusif dan harmoni.
  • Fokus memastikan kesejahteraan dinikmati oleh seluruh rakyat, bukan hanya golongan tertentu.
  • Program Bulan Kebangsaan akan disambut meriah tetapi dilaksanakan secara sederhana.
  • Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos di Dataran Putrajaya; Hari Malaysia 16 September di Sarawak.

Logo Malaysia MADANI pula dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan tahun ini.

Menurut Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, tema berkenaan mencerminkan aspirasi untuk membina sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni.

“Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan kesejahteraan bukan hanya dikecapi oleh golongan tertentu, tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kementerian Komunikasi di sini.

Tambah Datuk Fahmi, program sepanjang Bulan Kebangsaan akan terus disambut secara meriah walaupun dilaksanakan secara sederhana.

Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos akan berlangsung di Dataran Putrajaya, manakala sambutan Hari Malaysia pula dijadual berlangsung di Sarawak pada 16 September.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.