fb fb fb fb fb

Malaysia-Laos tekad bekerjasama dalam pelbagai sektor - Anwar

VIENTIANE, 27 Jun- Malaysia dan Laos tekad menjalin kerjasama dalam pelbagai sektor ke arah memperkasa rantau ASEAN.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Malaysia sedia membantu Laos untuk menggalas kepengerusian ASEAN menjelang tahun hadapan.

"Malaysia dan Laos sedia bekerjasama dalam pelbagai sektor ke arah memperkasa rantau ASEAN," katanya dalam sidang media bersama Perdana Menteri Laos, Dr Sonexay Siphandone di sini.

Malaysia yakin Laos selaku Pengerusi ASEAN kelak bakal membuka lebih banyak ruang kerjasama antara ASEAN dan Wilayah Mekong.

Anwar tiba di sini petang semalam untuk lawatan sulungnya ke negara itu atas jemputan rakan sejawatan, Dr. Sonexay Siphandone diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


(Malaysia yakin kepengerusian ASEAN Laos kelak bakal membuka lebih ruang
kerjasama antara ASEAN dan Wilayah Mekong)

 

Artikel Berkaitan:
Anwar bertemu PM Laos, diberi sambutan rasmi
PM bertemu beberapa pemimpin pertubuhan Islam Laos

Media Baharu