fb fb fb fb fb

Ekosistem latihan berdasarkan keperluan industri perlu diwujudkan - Mustapha

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 27 Jun- Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyasarkan 50 Memorandum Kerjasama dimeterai melibatkan syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat swasta sehingga penghujung tahun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud berkata jalinan kerjasama berkenaan dibuat secara spesifik antara institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan pihak industri dalam usaha mewujudkan ekosistem latihan mengikut keperluan industri.

"Menerusi Memorandum Kerjasama ini, program perkongsian kepakaran dan penawaran program peningkatan kemahiran telah mula ditawarkan oleh pihak industri yang terlibat untuk dimanfaatkan oleh pelajar dan tenaga pengajar TVET.

"Penglibatan dan sumbangan secara lebih aktif oleh syarikat-syarikat ini akan dibincang dan direalisasikan menerusi sesi libat urus yang sedang dijalankan dari semasa ke semasa," katanya ketika menjawab pertanyaan Senator, Datuk Sivaraj Chandran di Dewan Negara di sini.

Setakat Mac 2023, 10 Memorandum Kerjasama telah dimeterai manakala 920 kerjasama telah terjalin melalui pelbagai platform seperti Surat Hasrat dan Nota Kerjasama.

Ini termasuk Memorandum Persefahaman merangkumi 12 kementerian.


(Foto BERNAMA)


Media Baharu