fb fb fb fb fb

Mahkamah tetapkan 18 Februari untuk keputusan permohonan Toh Puan Na’imah

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 15 Januari – Mahkamah Sesyen menetapkan 18 Februari depan untuk memutuskan sama ada balu bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Dr. Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, boleh merujuk persoalan undang-undang berkaitan pertuduhan yang dihadapinya ke Mahkamah Tinggi.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan.

Toh Puan Na’imah sebelum ini memfailkan notis usul untuk merujuk ke Mahkamah Tinggi berhubung kesahihan beberapa peruntukan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN