fb fb fb fb fb

Malaysia komited perkukuh strategi mendepani teknologi kuantum

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari

KUALA LUMPUR, 7 Ogos- Negara komited memperkukuhkan strateginya dalam menghadapi transformasi teknologi kuantum yang dijangka sedia di pasaran antara tahun 2028 hingga 2030.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata walaupun teknologi itu dijangka membawa pelbagai manfaat termasuk meningkatkan keselamatan negara dan memajukan ekonomi, namun ia juga berisiko menjejaskan kemajuan negara.

Sehubungan itu, Kementerian berkenaan komited dalam mengintegrasikan prinsip dan teknologi kuantum untuk memastikan strategi keselamatan ketenteraan negara, sentiasa ke hadapan dan mampan.

"Teknologi kuantum menawarkan potensi transformatif untuk komunikasi dan pengawasan yang selamat. Bagaimanapun, ia boleh mengganggu keselamatan global.

"Negara-negara, khususnya ASEAN, harus membangunkan strategi yang mantap, rangka kerja keselamatan yang berdaya tahan dan memupuk kerjasama antarabangsa untuk mengurus dinamik kuasa peralihan",katanya.

Beliau berucap merasmikan Siber Siaga 2024 bersempena Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Digital Siber dan Keselamatan Asia di ibu negara.

Pada majlis tersebut beliau turut menyaksikan upacara penyerahan dokumen kontrak perolehan network convergence antara Kementerian Pertahanan TM One.

 

ROSLINA BINTI DIN