fb fb fb fb fb

Malaysia komited mengatasi krisis politik, kemanusiaan di Myanmar

Datuk Seri Amran Mohamed Zin

LANGKAWI, 17 Januari- Malaysia terus komited dalam mengatasi krisis politik dan kemanusiaan yang berlaku di Myanmar.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Seri Amran Mohamed Zin berkata, selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan mencari penyelesaian pendamaian dan merangka laluan ke arah penyelesaian isu keganasan yang berlaku sejak 2021.

"Sudah empat tahun dan usaha diteruskan untuk membantu Myanmar dalam menyelesaikan situasi ini. Persoalannya, adakah isu keganasan Myanmar akan dibincangkan? Sudah pastinya, isu ini akan dibincangkan dalam permukiman ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas sempena Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri Asean di sini.

Tambahnya Malaysia akan berpegang kepada prinsip memacu kemajuan serantau seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Dalam pada itu Malaysia akan bekerjasama dengan semua rakan ASEAN yang lain termasuk Myanmar untuk menangani krisis berkenaan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI