Ingkar arahan keselamatan boleh mengakibatkan perlindungan saksi ditamatkan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran. / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Keengganan peserta Program Perlindungan Saksi mematuhi arahan keselamatan, termasuk berpindah ke lokasi lebih selamat, serta penglibatan dalam aktiviti jenayah boleh menjadi alasan untuk penamatan perlindungan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perubahan melalui Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026 dicadangkan.
  • Pelanggaran terma boleh jadi asas Ketua Pengarah mencadangkan penamatan, tetapi Peguam Negara membuat keputusan akhir; prosedur Seksyen 16 perlu dipatuhi.
  • Rayuan boleh dikemukakan bertulis kepada Menteri dalam 14 hari; bagi peserta di bawah 18 atau tidak berkeupayaan, rayuan oleh ibu bapa/penjaga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, perkara itu dicadangkan menerusi Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi (Pindaan) 2026.

Menurut beliau, pelanggaran terma perjanjian secara sengaja boleh dijadikan asas untuk Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri mengesyorkan penamatan penyertaan seseorang peserta.

“Bagaimanapun, kuasa membuat keputusan penamatan terletak pada Peguam Negara.

Sebelum keputusan dibuat, prosedur di bawah Seksyen 16 Akta 696 perlu dipatuhi, termasuk memberi peserta peluang untuk didengar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan di Dewan Negara hari ini.

Mengulas lanjut, Kulasegaran berkata, peserta yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan rayuan secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh 14 hari daripada tarikh menerima keputusan penamatan.

Bagi peserta berumur di bawah 18 tahun atau tidak mempunyai keupayaan di sisi undang-undang, rayuan boleh dikemukakan oleh ibu, bapa atau penjaga bagi pihak mereka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.