Malaysia komited jadi jambatan persefahaman antara rantau dan tamadun

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Julai – Malaysia berada pada kedudukan strategik untuk menjadi penghubung antara rantau, budaya dan tamadun melalui kekuatan kepelbagaian masyarakat serta warisan yang dimiliki negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia komited kepada multilateralisme, mengutamakan kerjasama dan perundingan dalam hubungan antarabangsa.
  • Menuntut peranan lebih besar bagi negara membangun; suara Asia, Afrika, Amerika Latin dan Pasifik mesti diberi perhatian.
  • Institusi pelbagai hala perlu diperkukuh untuk menangani perubahan iklim, pandemik, keselamatan makanan dan ancaman siber.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelebihan itu akan terus dimanfaatkan bagi memperkukuh hubungan dengan dunia Islam, selain memperluas kerjasama bersama negara-negara Selatan Global.

“Malaysia komited terhadap multilateralisme serta pendekatan berasaskan kerjasama dan perundingan dalam hubungan antara negara. Kita bukan sahaja menyokong mekanisme dan pendekatan tersebut, malah akan terus memainkan peranan bagi mempertahankannya”, katanya.

Beliau berucap pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-39 di sini, hari ini.

Menurut Datuk Seri Anwar, tadbir urus global perlu mencerminkan realiti semasa dengan memberikan negara-negara membangun peranan yang lebih besar dalam proses membuat keputusan.

Katanya, suara negara-negara dari Asia, Afrika, Amerika Latin dan rantau Pasifik perlu diberikan perhatian sewajarnya dalam membentuk peraturan serta hala tuju global.

Tambah beliau, peningkatan ketidaktentuan global serta kelemahan norma dan institusi antarabangsa perlu ditangani melalui pengukuhan kerjasama pelbagai hala, bukannya dengan mengurangkan peranan multilateralisme.

“Tiada sebuah negara pun mampu menangani kesan perubahan iklim, pandemik, keselamatan makanan atau ancaman siber secara bersendirian. Justeru, masyarakat antarabangsa perlu memperkukuh, bukannya melemahkan institusi pelbagai hala,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.