HUB EduHASiL tingkatkan kesedaran cukai dalam kalangan mahasiswa

Majlis perasmian HUB EduHASiL di UiTM Cawangan Kedah di sini, disempurnakan Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDN, Shahrul Niza Bishahrin (tiga dari kanan) dan dihadiri Rektor UiTM Cawangan Kedah, Profesor Madya Dr. Mahazir Ismail (empat dari kanan)./Foto RTM

MERBOK, 2 Julai – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melancarkan HUB EduHASiL di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah bagi meningkatkan kesedaran mahasiswa mengenai percukaian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bilik kuliah dinaik taraf dengan kemudahan terkini untuk suasana pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif.
  • Satu sudut HASiL disediakan bagi mengemas kini maklumat aktiviti dan perkembangan percukaian untuk rujukan pelajar serta pensyarah.
  • Inisiatif LHDN dianggap usaha memberi manfaat kembali kepada masyarakat menerusi pendidikan percukaian.
  • LHDN menekankan pendidikan percukaian di universiti untuk pembayar cukai bertanggungjawab; menyalurkan wakalah zakat RM20,000 kepada 50 pelajar asnaf.

Rektor UiTM Cawangan Kedah, Profesor Madya Dr. Mahazir Ismail berkata, HUB EduHASiL bertempat di sebuah bilik kuliah yang dinaik taraf dengan kemudahan terkini bagi menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih kondusif.

Jelasnya, Kelas Angkat HASiL Kedah itu juga boleh dimanfaatkan bagi pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

“Turut disediakan satu sudut HASiL yang membolehkan maklumat mengenai aktiviti dan perkembangan terkini berkaitan percukaian dikemas kini untuk rujukan pelajar serta pensyarah,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis perasmian HUB EduHASiL di UiTM Cawangan Kedah di sini, yang disempurnakan Pengarah Jabatan Khidmat Korporat LHDN, Shahrul Niza Bishahrin.

Jelas Shahrul, usaha berkenaan merupakan sebahagian tanggungjawab pihaknya untuk mengembalikan manfaat kepada masyarakat menerusi pendidikan.

“Pendidikan percukaian perlu diberikan seawal peringkat universiti supaya pelajar dapat menjadi pembayar cukai yang lebih bertanggungjawab pada masa hadapan,” katanya.

Sempena program itu, LHDN turut menyalurkan sumbangan wakalah zakat berjumlah RM20,000 kepada 50 pelajar asnaf universiti berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.