Malaysia kekal peneraju ekonomi Islam global

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR, 29 Mei -Malaysia terus mengekalkan kedudukannya sebagai negara dengan ekonomi Islam paling kukuh di dunia bagi tahun 2025 berdasarkan laporan State of the Global Islamic Economy (SGIE) Report 2024/2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dasar dan pendekatan Kerajaan MADANI menunjukkan kestabilan, tadbir urus baik serta keyakinan pelabur.
  • Kekuatan sistem kewangan Islam, industri halal, inovasi dan ekosistem pembangunan jadi sandaran ekonomi negara.
  • Kerajaan akan memperkukuh agenda pembangunan rakyat termasuk perumahan berkualiti, bandar mampan dan kesejahteraan komuniti.
  • Seruan kepada rakyat supaya mempertahankan kestabilan, perpaduan dan keyakinan demi martabat serta penghormatan negara di peringkat antarabangsa.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pencapaian itu membuktikan dasar dan pendekatan Kerajaan MADANI yang berteraskan kestabilan, tadbir urus baik, keyakinan pelabur serta pembangunan inklusif terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, kedudukan Malaysia di tangga pertama mengatasi beberapa negara Islam utama dunia turut memperlihatkan kekuatan sistem kewangan Islam, industri halal, inovasi serta ekosistem pembangunan negara yang diyakini masyarakat global.

“Kejayaan tersebut merupakan hasil kestabilan politik, dasar ekonomi yang jelas serta komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keyakinan rakyat dan pelabur terhadap hala tuju negara.

“Pencapaian itu membuktikan pendekatan Malaysia MADANI berjaya meletakkan negara di landasan yang kukuh, progresif dan dihormati di peringkat antarabangsa,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam pada itu, kerajaan akan terus memperkukuh agenda pembangunan rakyat termasuk penyediaan perumahan berkualiti, pembangunan bandar mampan serta kesejahteraan komuniti bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara menyeluruh.

Menurut beliau, Kerajaan MADANI juga akan terus memastikan kemakmuran negara diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat, peluang ekonomi yang lebih luas serta pembangunan yang inklusif dan mampan.

Nga turut menyeru rakyat untuk terus bersama-sama mempertahankan kestabilan, perpaduan dan keyakinan terhadap agenda pembangunan negara bagi memastikan Malaysia terus dihormati dan disegani di peringkat antarabangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.