Malaysia-China komited perluas kerjasama dua hala

Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 November -Malaysia dan China komited untuk terus memperluas kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang bagi membawa manfaat bersama kepada kedua-dua negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar menyifatkan perkembangan positif kerjasama mencerminkan hubungan persahabatan erat antara Malaysia dan China.
  • Anwar menyatakan penghargaan atas kemajuan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.
  • Malaysia berharap penyertaan di Sidang Kemuncak APEC Shenzhen membuka peluang baharu memperkukuh hubungan ekonomi.
  • Sidang Kemuncak CEO APEC yang dihoskan Presiden Xi Jinping menjadi antara acara dinantikan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan positif kerjasama itu mencerminkan hubungan persahabatan erat antara Malaysia dan China.

“Saya turut menzahirkan penghargaan terhadap kemajuan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang serta komitmen bersama untuk terus memperluas ruang kerjasama yang membawa manfaat kepada kedua-dua negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook selepas mengadakan pertemuan dengan Premier China, Li Qiang.

Datuk Seri Anwar juga berharap agar penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Shenzhen pada 18 hingga 19 November ini dapat membuka peluang baharu untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Sidang Kemuncak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) APEC yang akan dihoskan Presiden China, Xi Jinping turut menjadi antara acara yang dinantikan Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.