Malaysia-Australia perkukuh kerjasama dalam sektor aeroangkasa

foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Hubungan Malaysia dan Australia dalam sektor industri strategik terus diperkukuh menerusi kerjasama antara syarikat tempatan, Weststar Defence Industries Sdn. Bhd. dengan syarikat aeroangkasa dan teknologi pertahanan Australia, Rocket Technologies International (RTI).

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis pemeteraian di Pusat Konvensyen Kebangsaan, Canberra disaksikan wakil kerajaan dan industri Malaysia serta Australia.
  • Majlis dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengarah Urusan The Weststar Group serta wakil kerajaan dan pemain industri.
  • Kerjasama merangkumi penyelidikan dan pembangunan, latihan teknikal, pembangunan modal insan dan program pemindahan pengetahuan.
  • Inisiatif selaras Perkongsian Strategik Komprehensif, menumpukan kerjasama ekonomi, teknologi dan pembangunan keupayaan industri berteknologi tinggi.

Kerjasama itu bakal dimeterai dalam satu majlis di Pusat Konvensyen Kebangsaan, Canberra yang turut disaksikan wakil kerajaan dan industri dari kedua-dua negara.

Majlis itu akan dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bersama Pengarah Urusan Kumpulan The Weststar Group, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim, wakil kerajaan serta pemain industri dari Malaysia dan Australia.

Kerjasama berkenaan melibatkan penerokaan bidang penyelidikan dan pembangunan, latihan teknikal, pembangunan modal insan serta program pemindahan pengetahuan dalam sektor aeroangkasa dan teknologi pertahanan.

Kedua-dua pihak juga akan meneliti peluang kerjasama dengan institusi pengajian tinggi dan industri bagi menyokong pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Inisiatif itu dilihat selaras dengan komitmen Malaysia dan Australia di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia–Australia dalam memperkukuh kerjasama ekonomi, teknologi dan industri strategik.

Pemeteraian berkenaan mencerminkan hubungan dua hala yang terus berkembang melalui kerjasama dalam bidang berteknologi tinggi serta pembangunan keupayaan industri kedua-dua negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.