
KUCHING, 16 Julai- Penubuhan Majlis Media Malaysia (MMM) merupakan langkah penting dalam memperkukuh ekosistem media negara menerusi amalan kawal selia kendiri yang berteraskan profesionalisme, akauntabiliti dan integriti, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
- Mencerminkan kematangan industri media dalam memastikan standard kewartawanan terus dipertingkatkan, memperkukuh peranan media yang diyakini masyarakat.
- Menjadi platform memperkukuh keyakinan rakyat melalui penghayatan kod etika, penyelesaian aduan telus dan pembangunan profesionalisme berterusan.
- Kebebasan media hadir bersama tanggungjawab, tidak boleh mengabaikan fakta atau menyemarakkan kebencian.
- Kebebasan media perlu berpandu pada kebenaran, keadilan, keseimbangan dan kepentingan awam untuk menjadi rakan strategik negara.
Beliau berkata penubuhan majlis itu mencerminkan kematangan industri media Malaysia dalam memastikan standard kewartawanan terus dipertingkatkan, sekali gus memperkukuh peranan media sebagai institusi yang diyakini masyarakat.
Menurut beliau, MMM diharapkan menjadi platform yang memperkukuh keyakinan rakyat terhadap media melalui penghayatan kod etika, penyelesaian aduan secara telus serta pembangunan profesionalisme yang berterusan.
“Penubuhan MMM diharapkan menjadi platform yang memperkukuh keyakinan rakyat terhadap media melalui penghayatan kod etika, penyelesaian aduan secara telus serta pembangunan profesionalisme yang berterusan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026 Peringkat Sarawak dan Sarawak Media Conference 2026 di sini, malam ini.
Datuk Seri Fadillah berkata kebebasan media sentiasa hadir bersama tanggungjawab dan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan fakta atau menyemarakkan kebencian.
Menurut beliau, kebebasan media perlu berpandu pada kebenaran, keadilan, keseimbangan serta kepentingan awam.
Beliau berkata pendekatan itu akan menjadikan media terus menjadi rakan strategik kepada kerajaan, swasta dan masyarakat dalam membina negara yang lebih maju dan saksama.