fb fb fb fb fb

Majlis Berbuka Puasa MADANI, anak yatim diraikan

PUTRAJAYA, 19 Mac- Para agamawan, pemimpin, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil agensi kerajaan berkaitan hal ehwal Islam diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Majlis tersebut diadakan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Majlis itu turut meraikan 18 anak yatim serta asnaf dari Pusat Pendidikan dan Penjagaan Anak Yatim Baitul Ehsan Al-Khairi, Taman Maluri Kuala Lumpur.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Dr Zulkifli Hasan.

Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu sebelum menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.

Beliau bersama-sama lebih 200 jemaah turut mengikuti tazkirah Ramadan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr. Nooh Gadut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM