fb fb fb fb fb

Lukisan mural Allahyarham Tan Sri P Ramlee diabadikan di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 23 Mac - Sempena Hari Seniman Negara, lukisan mural Allahyarham Tan Sri P Ramlee diabadikan di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Lukisan hasil Mohd Azmi Mohd Hussin bagi menzahirkan penghormatan serta menghargai karya dan sumbangan seniman agung yang berasal dari Pulau Pinang itu.

Lokasi Kompleks Bukit Jambul dipilih kerana ia terletak di tengah kawasan Bayan Baru dan merupakan salah satu tempat tumpuan pengunjung selain laluan utama orang ramai.

"Kami sangat gembira boleh menyumbang kepada ikon Pulau Pinang dan kami juga mempunyai perancangan untuk majlis yang lebih besar tahun hadapan," kata Pengerusi Badan Pengurusan Bersama Kompleks Bukit Jambul, KH Chan.

Selain lukisan mural, sambutan Hari Seniman Negara ini turut dimeriahkan dengan tarian kebudayaan, pertandingan Senandung Irama serta majlis bacaan Tahlil dan Yasin bagi memperingati jasa seniman terdahulu.

Majlis dianjurkan bersama Jabatan Penerangan Pulau Pinang (JAPEN), Finas Zon Utara, Jabatan Arkib Negara dengan kerjasama Kelab Peminat P Ramlee Pulau Pinang.

(Dr Haniff Hassan)

"Ini satu usaha yang terbaik daripada pihak swasta dalam konteks untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Seniman Negara, mungkin pada masa-masa akan datang," menurut Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang, Dr Haniff Hassan.

Pertemuan berkonsepkan semi formal itu melibatkan ramai penggiat seni tempatan seperti pelakon, pemuzik, pengukir, penyajak dan penulis.

Media Baharu