fb fb fb fb fb

Nahas LPT2: Suami isteri selamat dikebumikan

(Jenazah Allahyarham Arbain dan Rosmayati selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan,
Kampung Baru Kerteh, Kemaman pada Ahad)

KEMAMAN, 5 Februari- Jenazah suami isteri yang maut dalam kemalangan di Kilometer 274, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) semalam selamat dikebumikan di Kerteh, Terengganu, hari ini.

Jenazah guru, Arbain Baharudin, 47, dan isterinya, Rosmayati Bakar@Lalar, 48, selamat dikebumikan sekitar pukul 1.00 tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kenangan, Kampung Baru, Kerteh selepas disembahyangkan di Masjid Lama kampung tersebut.

Pengebumian pasangan suami isteri itu dihadiri anaknya dan ahli keluarga, penduduk kampung dan rakan-rakan guru.

Pasangan yang mengajar di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK) di Selangor itu maut, manakala empat anak mereka menjadi yatim piatu setelah Toyota Estima yang dinaiki mereka terbabas pada pukul 4.00 petang semalam.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Kampung Gelugor, Kerteh selepas menghantar anak lelakinya di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Kuantan.

Sewaktu kejadian, tiga anak mereka iaitu Farah Najwa, 20, Fatin Najla, 10, dan Faikal Nabila, 8, cedera di tangan dan muka.

Pasangan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan selepas tercampak dari kenderaan kira-kira lima hingga 10 meter.


(Allahyarham Arbain dan Rosmayati)

 

Berita berkaitan:
Suami isteri maut, tiga anak cedera kemalangan di LPT2

 

Media Baharu