fb fb fb fb fb

LPJ rekod peningkatan

(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong semasa ditemui pemberita)

JOHOR BAHRU, 22 Ogos- Kementerian Pengangkutan berpuas hati dengan prestasi Lembaga Pelabuhan Johor, LPJ yang merekodkan peningkatan TEUs di Pelabuhan Tanjung Pelepas, PTP sekali gus, yakin dapat mengekalkan pencapaian 11.2 juta TEUs yang diraih PTP tahun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, PTP kini dilandasan tepat untuk mengulangi pencapaian itu, selepas merekodkan 6.98 juta TEUs sehingga bulan lalu.

Berdasarkan pencapaian semasa itu, pihaknya yakin, PTP boleh mencapai
lebih 7 juta TEUs sehingga penghujung bulan ini, meskipun berlaku momentum
yang perlahan disebabkan konflik Russia Ukraine.

Dan berbaki empat bulan lagi, PTP dijangka mampu mengekalkan kedudukan ke-15, sebagai pelabuhan tersibuk di dunia.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan berkata, "ia adalah refleksi kepada kerancakan prestasi perniagaan import dan eksport yang sangat baik."

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program CSR LPJ Cares Keluarga Malaysia Lembaga Pelabuhan Johor di Johor Bahru hari ini.

Tahun lalu, Pelabuhan Tanjung Pelepas mencatatkan peningkatan 11.2 juta
TEUs meningkat 14%, berbanding 9.8 juta TEUs tahun 2020.

Pencapaian itu membolehkan PTP menjadi antara 20 pelabuhan terbaik dunia dan kedua di Asia yang merekodkan pertumbuhan dua digit.

(Foto Menara Lembaga Pelabuhan Johor)

Media Baharu