KUALA LUMPUR, 8 April - Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat di media sosial melibatkan logo kasut yang didakwa mirip kalimah Allah diminta untuk melaporkan kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi kenyataan hari ini berkata, semua pihak perlu memberikan ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan itu.
"MCMC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 sekiranya ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap isu tersebut dan membuat hantaran atau meninggalkan komen melampaui batas yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum.
"Orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menyentuh sensitiviti 3R (race, royalty, religion)," katanya.
Susulan itu, orang ramai diminta untuk melaporkan kepada MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, sekali lagi tular di media sosial mengenai logo kasut tumit tinggi keluaran Vern's Holding Sdn Bhd yang didakwa menyerupai kalimah Allah.
Bagaimanapun semalam syarikat itu tampil memohon maaf berhubung rekaan logo kasut tumit tinggi keluarannya yang disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.
Syarikat tersebut menjelaskan bahawa reka bentuk logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.
BERITA BERKAITAN
- Pihak berkaitan logo kasut mirip kalimah Allah akan dipanggil esok
- Vern's mohon maaf dan hentikan jualan
- Dua siasatan keatas Ketua Pemuda UMNO berkaitan isu stoking tertera kalimah Allah - Polis
- Isu kalimah Allah: 'Enough is enough'. Hentikanlah polemik ini - Fahmi
- Agong titah hentikan kontroversi stoking kalimah Allah
- 10 laporan polis diterima susulan isu kalimah Allah
- Stoking tertera kalimah Allah: Jemaah Menteri setuju tindakan tegas, segera
- Isu stoking kalimah Allah, pemilik FB ditahan muat naik hantaran hina Islam
- Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart dihadapkan ke mahmakah hari ini
- Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart mengaku tidak bersalah