fb fb fb fb fb

Lima sekolah di Terengganu ditutup akibat banjir

Tambah Azman, sesi pembelajaran bagi semua sekolah terlibat ialah secara Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

KUALA TERENGGANU, 20 November- Lima buah sekolah di Terengganu terpaksa ditutup susulan hujan lebat yang mengakibatkan banjir, pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (Sektor Pengurusan Sekolah), Azman Othman berkata sekolah berkenaan berada dalam daerah Kuala Terengganu, Marang dan Besut.

"Ia melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Losong dan SK Tok Dir di Kuala Terengganu. Dua lagi sekolah ialah SMK Tun Telanai di Marang dan SK Bukit Puteri di Besut," kata Azman kepada pemberita di sini.

Tiga lagi pelajar yang turut terjejas banjir ditempatkan di SK Chendering yang turut dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Tambah Azman, sesi pembelajaran bagi semua sekolah terlibat ialah secara Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

"Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan memantau perkembangan banjir itu demi keselamatan murid-murid dan warga sekolah. Mereka akan kembali belajar ke sekolah apabila keadaan telah kembali selamat. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada ibu bapa untuk tindakan segera," kata Azman.

Artikel Berkaitan:
Kuala Nerus, daerah pertama di Terengganu dilanda banjir
Banjir : 3 PPS dibuka di daerah Kuala Nerus

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM