fb fb fb fb fb

Banjir : 3 PPS dibuka di daerah Kuala Nerus

Dewan Serbaguna Tok Jembal menempatkan paling ramai penduduk terjejas banjir

KUALA NERUS, 20 November- Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah Kuala Nerus iaitu di Dewan Serbaguna Tok Jembal, Flat Batin Perdana dan SK Bukit Tunggal.

Dewan Serbaguna Tok Jembal menempatkan paling ramai penduduk terjejas iaitu 124 orang.

Tinjauan RTM dilokasi mendapati proses pendaftaran masuk berjalan lancar.

Kesemua 54 keluarga di PPS ini mendapat 'partition banjir' yang telah dibekalkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Bekalan makanan bermasak juga diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan sebaiknya.

Sementara itu, menerusi portal Info Bencana JKM, penduduk terjejas banjir di Terengganu adalah seramai 143 orang, terdiri daripada 39 keluarga, setakat 3.00 petang.

PPS di Kuala Terengganu iaitu SK Cendering menempatkan 51 penduduk terjejas, SK Atas Tol (86) orang penduduk dan SK Bukit Tunggal (6) orang.

Di Negeri Perak, sebanyak dua PPS telah dibuka di Daerah Kerian yang menempatkan 75 orang penduduk terjejas. PPS terlibat ialah SK Changkat Lobak yang menempatkan 18 orang penduduk terjejas dan di SK Alor Pongsu (57) orang.

ROSLINA BINTI DIN