fb fb fb fb fb

Banjir: UMT aktifkan bilik gerakan bencana 24 jam

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Pusat Sukan UMT turut dibuka bagi membolehkan pelajar berpindah.

KUALA TERENGGANU, 20 November- Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengaktifkan bilik gerakan bencananya, bagi memberi maklumat terkini dan bantuan kepada pelajar serta kakitangan yang berada di dalam kampus dan sekitarnya.

Naib Canselornya, Professor Datuk Dr Mazlan Abdul Ghaffar berkata, bilik gerakan dan talian hotline 24 jam dikendalikan Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, serta pejabat keselamatan.

Beberapa kawasan berdekatan kampus yang rata-rata kediaman pelajar luar kampus, turut dinaiki air, antaranya Kampung Tok Jembal, Kampung Gong Pak Jin, Kampung Pak Tuyu dan Kampung Jati.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Pusat Sukan UMT turut dibuka bagi membolehkan pelajar berpindah.

Setakat sembilan pagi tadi, seramai 20 pelajar telah berpindah ke PPS berkenaan.

Bantuan zakat berjumlah RM100,000 diperuntukkan kepada pelajar dan komuniti setempat yang terkesan banjir melalui Pusat Islam Sultan Mahmud.

ZEHRA BINTI ZAMBRI