fb fb fb fb fb

"Doa buat Gaza, moga diberi perlindungan daripada sebarang kezaliman" - YDP Dewan Rakyat

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul / Foto Fail Bernama

KUALA LUMPUR, 20 November - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menyeru masyarakat untuk terus mendoakan supaya semua kanak-kanak khususnya yang berada di Semenanjung Gaza diberikan perlindungan daripada sebarang bentuk kezaliman.

Bercakap sebelum sidang Dewan Rakyat bermula, Johari turut menyeru masyarakat  memperbaharui tekad untuk terus melindungi hak kanak-kanak berdasarkan Konvensyen Hak Kanak-kanak pada 1995 selaras dengan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia hari ini.

"Ini terutamanya berkaitan dengan hak kanak-kanak iaitu kelangsungan hidup, perlindungan, pembangunan serta penyertaan kanak-kanak.

"Jalankan tanggungjawab, pastikan mereka membesar bebas dari diskriminasi, eksploitasi dalam suasana selamat," katanya.

Tambah Johari, setakat hari ini, lebih 700,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kehilangan tempat tinggal dan lebih 4,600 orang telah kehilangan nyawa serta hampir 9,000 lagi cedera.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN