fb fb fb fb fb

Scammer guna foto Fadillah

Foto FB Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 20 November- Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof telah menerima laporan terdapat individu yang cuba melakukan penipuan menggunakan gambar profilnya.

Fadillah menerusi Facebook berkata beberapa rakannya telah memaklumkan telah menerima mesej daripada individu berkenaan menerusi WhatsApp.

"Individu yang melakukan penipuan berkenaan menggunakan nombor telefon bimbit 011-1404 5313.

"Setelah disemak, nombor itu turut digunakan di aplikasi WhatsApp dan Telegram dengan menggunakan gambar profil saya.

"Laporan telah dibuat kepada pihak pengendali platform WhatsApp dan Telegram dan semakan menerusi "Truecaller" nombor berkenaan menggunakan nama Rinoneze," kata Fadillah.

Pada masa sama juga terdapat individu menggunakan gambar beliau untuk membuka akaun Facebook dan laporan telah dibuat kepada Facebook mengenai akaun palsu berkenaan.

Fadillah telah memberikan pautan laman facebook rasmi dan peribadinya bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM