fb fb fb fb fb

KADA terima 400 tan benih padi, penanaman musim kedua 2023

Foto hiasan

KOTA BHARU, 20 November- Sejumlah 400 tan bekalan benih padi bakal diterima Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagi penanaman padi musim kedua tahun ini di Kelantan.

Pengurus Besar KADA, Mohd Faizul Mustafa berkata, stok bekalan benih yang diperlukan adalah sebanyak 4,000 tan daripada 28,000 tan benih padi yang terdapat di seluruh negara.

Beliau berkata, penanaman musim kedua akan dilewatkan bagi mengelak musim banjir serta risiko kerugian. Proses tuaian juga sedang dibuat di semua kawasan di bawah seliaan pihaknya.

“Memang mencukupi kalau ikutkan sekarang bekalan benih kita ada dalam 1.4 juta beg. Keperluan KADA ni dalam 200,000 beg sahaja.

"Cuma kita minta awal baru ini 20,000 beg perlu hantar dahulu ke KADA untuk persiapan pertengahan bulan 12, saya bimbang. Ada petani sudah maju sedikit, mereka buat awal. Jadi ketika itu, kita telah sediakan 20,000 beg benih padi untuk dalam kawasan KADA", katanya pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022 KADA di Kota Bharu.

Terdahulu, beliau mengiringi Pengerusi KADA , Muhammad Hussain bagi menyampaikan anugerah kepada 65 orang penerima APC KADA.

Mengulas lanjut katanya, setakat ini pihaknya tidak menerima rungutan daripada pesawah berkait penetapan harga benih padi sah (BPS) RM45.00/20 kilogram daripada pembekal kerana ia dilihat relevan dengan situasi semasa.

ROSLINA BINTI DIN