fb fb fb fb fb

Lembu tenusu di Pasir Besar, disasar hasilkan 200 juta liter susu segar setahun

Exco Kanan negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias

SEREMBAN, 9 Mei- Ladang penternakan lembu tenusu di Pasir Besar, Gemas dijangka akan menghasilkan 200 juta liter susu segar setahun bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.

Ladang yang diusahakan oleh F&N ditanah seluas 6,000 ekar itu bernilai pelaburan RM1.7 bilion.

Menurut Exco Kanan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, ia merupakan ladang lembu tenusu bersepadu tercanggih yang menggunakan teknologi tinggi merangkumi sistem perahan susu, pembersihan najis, saliran anti bau dan kawalan pengudaraan semuanya automatik.

"Pembinaan fasiliti ladang ini sedang giat dijalankan dan kumpulan pertama lembu tenusu sebanyak 2,000 ekor lembu akan dijadualkan masuk pada suku ketiga tahun ini (November 2024). Kumpulan pertama daripada Amerika Syarikat," kata Datuk Jalaluddin pada Sesi Penggulungan Perbahasan Titah Diraja pada Persidangan Pertama Penggal kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan ke-15, di sini.

Ladang itu mampu menempatkan 20,000 ekor lembu tenusu apabila siap sepenuhnya sekaligus menyumbang kepada peningkatan taraf ekonomi penduduk tempatan menerusi kewujudan peluang pekerjaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM