KOTA TINGGI, 27 Disember- Seorang lelaki warga Singapura dikhuatiri lemas ketika beriadah bersama anak lelakinya di pantai Desaru Coast, sini, Johor pada pukul 12.33 tengah hari tadi.
Bagaimanapun anak mangsa, Gabriel Lan Tan Way Ping, 16, berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Penawar, Penolong Kanan Penguasa Bomba Masri Ibrahim berkata, mangsa, Isaac Kevin Tan Lee Thong, 49, dikatakan sedang beriadah digigi air sebelum dipukul ombak dan hanyut.
Seramai 17 anggota bersama empat jentera dan sebuah bot digerakkan ke lokasi kejadian untuk mencari mangsa menerusi pencarian di permukaan.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, BBP Sungai Rengit dan BBP Mersing.