ALOR SETAR, 11 September- Seorang lelaki berusia 59 tahun melecur pada badan dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah kilang alat ganti kenderaan di Kawasan Perusahaan Mergong di Alor Setar, Kedah.
Mangsa dikenali sebagai Teow Taik Poo yang juga abang kepada pemilik kilang dipercayai terkena serpihan bangunan yang terbakar.
Ketua Zon 1 (Kota Setar), Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata mangsa telah diberi rawatan awal oleh anggota perubatan EMRS dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah telah mengarahkan jentera dan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar dan BBP Jalan Raja ke lokasi kejadian dan jentera tiba di lokasi pada pukul 5.32 petang.
kebakaran melibatkan sebuah kilang anggaran keluasan 3,000 meter persegi.
kerja-kerja pemadaman dijalankan dengan kaedah defensive .