fb fb fb fb fb

Lebih 230,000 pengunjung dijangka hadir ke Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil / RTM

CYBERJAYA, 9 November - Lebih 230,000 pengunjung disasarkan hadir memeriahkan Sambutan Dua Tahun Kerajaan MADANI pada 22 hingga 24 November ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan pada tarikh dan lokasi sama, turut diadakan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024.

Beliau berkata, persiapan sambutan tersebut berjalan baik dengan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

Perincian lanjut mengenai sambutan itu akan disampaikan untuk sebaran umum.

"Dari segi pengisian, akan disampaikan maklumat mengenai status pelaksanaan agenda reformasi perkhidmatan awam, akan diadakan pengumuman deklarasi Kuala Lumpur tekad bersama perkhidmatan awam malaysia serta beberapa perkara lain.

"Sewaktu diadakan Sambutan Setahun Kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada waktu itu lebih 230,000 orang hadir.

"Kita jangkakan, kali ini dengan lokasi strategik ini kita harap jumlah hadir dapat mencecah atau lebih daripada angka itu." katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kurier Negara 2024, di sini, hari ini.

Trainee2