
MUAR, 31 Ogos – Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2026 peringkat negeri Johor di Dataran Tanjung Emas di sini hari ini.
- Seramai 140 kontinjen daripada pelbagai agensi menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Johor.
- Perarakan bermula seawal 7.30 pagi dengan penyertaan TLDM, badan beruniform, pelajar sekolah dan jentera agensi.
- Kontinjen Perbendaharaan Negeri Johor memenangi Anugerah Pakaian Perarakan Terbaik dan dinobatkan juara keseluruhan kontinjen.
- Menteri Besar menyeru penyertaan dalam usaha memajukan Johor menjelang 2030, dengan slogan Maju! Maju! Maju! tanpa mengetepikan budaya.
Pada majlis berkenaan seramai 140 kontinjen daripada pelbagai agensi terlibat dalam perarakan.
Sambutan bermula seawal 7.30 pagi dengan perarakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), diikuti badan beruniform, pelajar sekolah serta jentera daripada pelbagai agensi.
Antara yang mencuri tumpuan ialah kontinjen Perbendaharaan Negeri Johor yang memenangi Anugerah Pakaian Perarakan Terbaik, sekali gus dinobatkan sebagai juara keseluruhan kontinjen.
Sementara itu,Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam ucapannya menyeru agar rakyat bersama-sama melibatkan diri dalam usaha kerajaan negeri memacu kemajuan Johor menjelang 2030, di samping mengekalkan identiti serta nilai budaya negeri itu.
Ujar beliau, kemajuan negeri bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan infrastruktur, malah turut melibatkan perubahan paradigma pemikiran tanpa mengetepikan nilai dan budaya masyarakat Johor.
“Kita akan majukan negeri ini menjelang tahun 2030. Sebab itu kita adakan slogan Maju! Maju! Maju! Dan maju bukan sahaja dari segi infrastruktur, tuan-tuan. Yang lebih penting ialah maju dari segi anjakan paradigma pemikiran tanpa mengetepikan nilai-nilai budaya bangsa Johor.”