fb fb fb fb fb

Lawatan rasmi ke Thailand, PM diberi sambutan negara

(Foto BERNAMA)

BANGKOK, 9 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan sambutan negara dalam lawatan rasmi beliau ke Thailand.

Sambutan itu diadakan di Rumah Kerajaan Thailand petang tadi.

Sebaik tiba, Anwar disambut Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha di kediaman rasminya.

Lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebelum Anwar yang diiringi Prayut memeriksa barisan kawalan kehormat yang terdiri daripada anggota pasukan keselamatan perdana menteri.

Perdana menteri kemudian diperkenalkan dengan menteri Kabinet Thailand sebelum kedua-dua pemimpin meneruskan agenda perbincangan.

Dalam lawatan rasmi kali ini, perdana menteri diiringi Menteri Luar Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, serta para pegawai kerajaan daripada kementerian dan agensi yang berkaitan.

Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan mesyuarat tertutup, diikuti mesyuarat dua hala antara delegasi Malaysia dan Thailand.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu