fb fb fb fb fb

Lawatan ke Melaka, YDP Agong terima sembah taklimat MAIM

BANDA HILIR, 6 April- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima sembah taklimat daripada Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Seri Sulaiman Md Ali di sebuah hotel di Banda Hilir sempena lawatan hari terakhir ke Melaka.

Turut hadir menyaksikan adalah Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh serta Ahli Majlis MAIM. 

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima laporan prestasi dan pencapaian MAIM sepanjang tahun 2022.

Selain itu, Datuk Seri Sulaiman turut membentangkan perancangan MAIM bagi tahun ini yang merangkumi skim bantuan zakat baharu 2023 memfokuskan golongan asnaf termasuk muallaf.

Sebelum berangkat pulang, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima cendera kenangan dari Kerajaan Negeri Melaka yang disampaikan oleh Tun Mohd Ali.


(Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
menerima sembah taklimat berhubung laporan prestasi MAIM)

Media Baharu