fb fb fb fb fb

Lapan ditahan terlibat judi dalam talian

(Foto Polis Sarawak)

KUCHING, 14 Februari- Seramai lapan individu termasuk seorang wanita ditahan di sini selepas terlibat dengan aktiviti judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ahsmon Bajah berkata kesemua suspek ditahan di sekitar kawasan ini menerusi Op Dadu.

Penahanan tersebut dibuat bermula 6 Februari hingga Ahad lalu.

"Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM649 dan lapan telefon bimbit pelbagai jenama serta beberapa keping keratan kata laluan dan angka.

"Sebanyak lapan kertas siasatan dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu perjudian atas talian yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM5,000 hingga RM50,000 dan hukuman penjara sehingga tiga tahun," katanya menerusi kenyataan.


(Foto Polis Sarawak)

Media Baharu