fb fb fb fb fb

Usaha perkukuh nilai ringgit tanpa bebankan rakyat sedang diperhalusi - PM

Anwar Ibrahim

KUALA SELANGOR, 25 Februari- Kerajaan sedang mencari langkah terbaik bagi memperkukuh nilai mata wang ringgit tanpa membebankan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat cadangan agar meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dalam usaha menyeimbangkan nilai ringgit.

Namun beliau menyifatkan perkara itu hanya akan membebankan rakyat.

"Ini bidang kuasa BNM (Bank Negara Malaysia), kalau naik kadar faedah, yang pinjaman kenderaan, pinjaman rumah, peniaga-peniaga kecil yang pinjam daripada bank, semua naik jumlah hutang mereka.

"Jadi untuk saya, apa lagi Bank Negara, kena fikir, nak kuatkan ringgit dengan naik OPR ataupun nak imbangi supaya ringgit jangan terlalu jatuh (supaya) peniaga-peniaga dan peminjam tidak terbeban dengan hutang," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian dan Penutup Program Madani Rakyat Zon Tengah di sini.

Usaha berkaitan turut diperkasa demi mengimbangi kesan kejatuhan nilai ringgit, dalam masa sama mengurangkan beban rakyat dengan jumlah hutang yang tinggi.

Katanya, kejatuhan mata wang juga dialami negara ASEAN lain seperti Jepun dan China.

ARTIKEL BERKAITAN
Jangan jadikan isu ringgit jatuh sebagai 'sepak terajang' politik - PM

SITI AISHAH BINTI MD ISA