fb fb fb fb fb

GSF 2.0: Malaysia komited perkukuh bantuan kemanusiaan ke Gaza

Foto RTM

PUTRAJAYA, 5 Januari - Penyertaan Malaysia dalam misi kemanusiaan antarabangsa melalui penyertaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, yang dijangka lebih besar dan inklusif dengan melibatkan pelbagai kategori peserta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan, berkata pendekatan baharu itu diyakini mampu memperkukuh usaha menembusi kepungan dan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau berkata, GSF 2.0 akan menyaksikan peningkatan jumlah bot dan peserta, termasuk penglibatan pelbagai agama, bangsa, selebriti serta lapisan masyarakat yang lebih luas.

“Pengalaman menganjurkan Global Sumud Flotilla sebelum ini dan rancangan untuk misi seterusnya, Insya-Allah, akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Misi baharu ini lebih besar, melibatkan lebih ramai peserta dan penyertaan lebih inklusif daripada pelbagai agama, bangsa, selebriti serta lapisan masyarakat. Secara umumnya, kita memberikan sokongan penuh kepada Global Sumud Flotilla dan misi mereka, dan kita doakan agar mereka berjaya, Insya-Allah", ujarnya yang ditemui media selepas mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pemandu Global Sumud Flotilla, Saif Abu Keshek dan Kleoniki Alexopoulou, yang juga peserta misi GSF terdahulu.

Beliau menambah, Malaysia akan terus memberikan sokongan penuh kepada penganjuran misi GSF akan datang, serta berharap objektif misi berkenaan tercapai bagi memastikan segala jenis bantuan kemanusiaan dapat disampaikan kepada penduduk Gaza.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Nadhir Al-Nuri.

Misi GSF 2.0 disasarkan untuk memperkukuh jaringan bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza serta menekankan kerjasama pelbagai pihak demi tujuan kemanusiaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD