fb fb fb fb fb

Langkah rasionalisasi subsidi bahan api, peluang galak penggunaan sumber tenaga alternatif

Pensyarah Kewangan Islam, Qatar Foundation, Prof. Madya Eskandar Shah Mohd Rasid

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Langkah rasionalisasi subsidi bahan api, merupakan peluang bagi Malaysia untuk menggalakkan penggunaan sumber tenaga alternatif.

Menurut Pensyarah Kewangan Islam, Qatar Foundation, Prof. Madya Eskandar Shah Mohd Rasid, langkah itu juga sejajar dengan hasrat negara untuk mempercepatkan agenda peralihan tenaga.

Beliau berpendapat, penjimatan daripada pelaksanaan rasionalisasi subsidi wajar diperuntukkan ke arah usaha menggalakkan penggunaan tenaga boleh baharu.

"Penjimatan yang dapat daripada subsidi ini harus kita salurkan kepada lebih kepada tenaga boleh baharu dan juga insentif, kerajaan pun dah kenalkan, mungkin selepas ini semua rumah baru kerajaan boleh bagi insentif untuk pasang solar panel menjadikannya mandatori kepada semua projek perumahan baru atau mungkin boleh bagi rebat cukai atau pengurangan cukai kpd kereta EV dan sebagainya,"katanya.

Penggunaan tenaga boleh baharu akan turut mengurangkan kebergantungan kepada bahan api daripada sumber asli.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebelum ini memaklumkan, pengeluaran kasar minyak mentah turun mendadak, mencecah 390,000 tong minyak mentah sehari sejak beberapa tahun kebelakangan berbanding 650,000 tong sebelum ini.

Manakala, penggunaan gas asli di Semenanjung untuk penjanaan elektrik dan sebagai bahan asas industri, telah melebihi pengeluaran domestik.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE