fb fb fb fb fb

Kutipan tol Jajaran Seksyen 1 WCE mulai 30 September

Foto FB WCE

SHAH ALAM, 27 September- Jajaran Seksyen 1 yang menghubungkan persimpangan bertingkat Banting ke Lembah Klang (SKVE) akan melaksanakan kutipan tol mulai 12.01 tengah malam pada 30 September.

Lebuh raya Pantai Barat (WCE ) dalam kenyataan memaklumkan, jajaran sepanjang 12.5 kilometer ini telah dibuka secara rasmi oleh Datuk Sri Alexander Nanta Linggi pada 31 Ogos lalu yang beroperasi secara percuma selama sebulan.

"Kadar kutipan tol WCE berintegrasi sepenuhnya dengan lebuhraya SKVE melalui persimpangan Tanjung Dua Belas."

Kadar tol yang dikenakan telah mengambil kira keseluruhan perjalanan pengguna, termasuk bahagian perjalanan di Lebuhraya SKVE,” menurut kenyataan itu.

Kadar tol akan dikenakan mengikut kelas kenderaan dan jarak perjalanan bermula RM1.70 hingga RM16.11.

Kutipan tol Seksyen 1 dilaksanakan secara elektronik menggunakan kad Touch 'N' Go, Smart tag dan RFID.

Pengguna dinasihatkan sentiasa memastikan baki e-wallet dan kad Touch 'N' Go sentiasa mencukupi bagi mengelak sebarang kesulitan.

Trainee