fb fb fb fb fb

Kumpulan terakhir MALBATT 850-11 selamat tiba di tanah air

Foto RTM

SUBANG, 20 November- Kumpulan terakhir Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 selamat tiba di tanah air, melengkapkan keseluruhan 854 anggota, termasuk 30 daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Zulhelmy Ithnain menyambut ketibaan 215 anggota yang diketuai Kolonel Burhan Sagoni.

Burhan menzahirkan rasa syukur selepas berjaya menamatkan misi setahun dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu Di Lubnan (UNIFIL).

"Misi ini sangat bermanfaat kepada negara kerana kita dapat terlibat secara langsung dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu.

"Selain itu, pengalaman berinteraksi dengan negara-negara lain dalam misi ini membantu kami meningkatkan pengetahuan, kemahiran, dan keyakinan diri,” katanya kepada pemberita di sini.

Kembalinya kontinjen MALBATT 850-11 adalah pencapaian besar yang mencerminkan kecekapan dan dedikasi dalam memastikan keamanan di rantau tersebut.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM