fb fb fb fb fb

Tiada siapa terkecuali dalam tindakan antirasuah -PM

FOTO FB Anwar Ibrahim

 TAWAU, 26 November - Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak, termasuk menteri, setiausaha politik atau pegawai, yang didapati terlibat dengan rasuah.

Dalam ucapannya pada Program Ceramah Perdana PMX Sayang Merotai di Dewan Terbuka Serbaguna Merotai Besar, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pentingnya proses siasatan dijalankan secara telus.

“Kita mesti tegas. Saya nak tanya, kalau Perdana Menteri, menteri atau pegawai dituduh, malah setiausaha politik didakwa sekalipun, saya sudah tegaskan pagi tadi, biar SPRM siasat dulu. Siapa pun, jangan kita lindungi. Tapi jangan hukum sebelum siasat. Teliti semua perkara dan ikut undang-undang serta peraturan,” katanya.

Beliau menegaskan kerajaan tidak mampu mengawal setiap tindakan individu, namun undang-undang perlu dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

Perdana Menteri turut menambah tiada pihak boleh melindungi mana-mana individu yang sedang disiasat, sama ada berkaitan politik atau pentadbiran.

Menurutnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberikan ruang penuh untuk menjalankan siasatan tanpa tekanan atau campur tangan mana-mana pihak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE