Krisis bekalan global: Langkah tambahan bantu rakyat dijangka diumum minggu hadapan

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 22 April – Langkah tambahan bagi membantu golongan yang masih tersisih daripada peluang pekerjaan berikutan krisis bekalan global dijangka diumumkan minggu depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Isu golongan yang tersisih dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri.
  • Perdana Menteri mengambil maklum dan beberapa pengumuman dibuat dari semasa ke semasa.
  • Selepas pertemuan dengan bank komersial di Bank Negara, diumumkan peningkatan bantuan melalui Skim SJPPI.
  • MTEN akan meneliti perkara berkaitan untuk tindakan lanjut dan membincangkannya dalam mesyuarat Selasa depan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, isu berkaitan golongan berkenaan disentuh pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Untuk isu ini difahamkan, Perdana Menteri mengambil maklum dan ada beberapa pengumuman yang dibuat dari semasa ke semasa. Sebagai contoh selepas pertemuan Perdana Menteri bersama bank-bank komersil di Bank Negara semalam, ada dibuat pengumuman tentang peningkatan bantuan melalui Skim SJPPI.

“Dan saya percaya di pihak Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) beberapa perkara akan diteliti untuk tindakan lanjut. Perkara terbabit akan dibincangkan dengan lebih teliti dalam mesyuarat MTEN Selasa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.